“Awak ini
seperti kanak-kanak Ribena.. Saya ingat awak tidak menonton siri Boboiboy.
Bagaimana mahu jadi superhero?” Lisa bercoleteh.
“Woi! Kamu berdua mahu berbincang
ataupun mahu dipecat?!” Satu suara keluar dari pembesar suara yang terdapat
didalam bilik itu. “Berbincang tuan!” Serentak mereka berdua berdiri dan
menjerit.
Mereka duduk semula. “Fuh...
Nyaris-nyaris sahaja..” Lily berasa lega. “Mmm.. Kita mula dengan nama. Awak
rasa nama apa yang sesuai?” Lily mengangkat kening. “Super Girl?” Cadang Fiana.
“Terlalu
biasa.”
“Power
Girl!”
“Cuba lagi.”
“Aha! Saya
tahu! Super Fina!”
“Bagus juga!
Tapi... orang tidak sayakkah? Sebab ada nama awak, Fina,” Lily berasa was-was
dengan nama itu. “Ah! Jangan risau. Saya katalah, bukan saya seorang sahaja
yang bernama Fina...” Fiana menjawab dengan selamba.
“Ok... Saya harap identiti awak tidak
terdedah, itu sahaja. Langkah seterusnya, sut hero,”
Lily menulis “Sut hero” pada buku nota
kuningnya itu. “Biasanya, kami hanya
memilih ‘blouse’. Ia ringkas, berseluar
dan tidak munyusahkan hero bertugas. Awak mahu ‘blouse’ juga?” Menerangkan
tentang blouse, Fiana terasa pakaian itu terlalu biasa.
“Apa kata,
blouse bawah lutut? Kemudian hias dengan permata!” Fiana menggoncang-goncang
badan Lily. “Aduh..” Lily membetulkan
cermin matanya yang senget. Selepas penglihatannya kembali normal, dia
bersuara. “Okey, okey! Calm down girl! Saya
tahu awak ‘overexited’, tapi janganlah sampai menggongcang badan saya seperti milkshake.Okey, tentang baju itu, bagus
juga idea awak! Saya suka! Lain dari yang lain!” Lily melakar baju superhero
Fiana di atas buku nota.
“Siap!” Lily mengangkat buku nota itu
keudara. “Wah! Cantiknya! Tapi, mecam rumit sahaja mahu jahit.
“Siapa kata
mahu jahit?”
“Jika begitu
apa kegunaan mesin jahit itu?” Fiana menunuding jari pada mesin jahit itu.
“Hahaha...
Mesin jahit di luar sahaja, Fiana” Fiana memandang pelik pada Lily yang sedang
menuju ke meja tempat mesin jahit itu terletak. Dengan sekali tekanan butang...
TUP,TAP,PAP,PIP,POPTUP!
Mesin jahit
itu bertukar menjadi mesin sebesar sebuah peti ais! Fiana hanya membutangkan
mata. Lily mengoyakkan kertas lakaran kostum Fiana lalu memasukkan kepingan
kertas itu kedalam sebuah lubang berbentuk empat segi tepat yang nipis dan
mampu memuatkan sekeping kertas.
Mesin itu memproses kertas itu. “Awak kena
tunggu 5 minit. Sementara itu, jom kita ke kafe’!” Mulut Fiana masih ternganga.
Lily yang perasan akan keadaan itu menghampiri Fiana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan