Khamis, 25 September 2014

Super Fina, Go,Go,Go!~ Episod 4

“Awak ini seperti kanak-kanak Ribena.. Saya ingat awak tidak menonton siri Boboiboy. Bagaimana mahu jadi superhero?” Lisa bercoleteh.
         “Woi! Kamu berdua mahu berbincang ataupun mahu dipecat?!” Satu suara keluar dari pembesar suara yang terdapat didalam bilik itu. “Berbincang tuan!” Serentak mereka berdua berdiri dan menjerit.

          Mereka duduk semula. “Fuh... Nyaris-nyaris sahaja..” Lily berasa lega. “Mmm.. Kita mula dengan nama. Awak rasa nama apa yang sesuai?” Lily mengangkat kening. “Super Girl?” Cadang Fiana.

“Terlalu biasa.”
“Power Girl!”
“Cuba lagi.”
“Aha! Saya tahu!  Super Fina!”

“Bagus juga! Tapi... orang tidak sayakkah? Sebab ada nama awak, Fina,” Lily berasa was-was dengan nama itu. “Ah! Jangan risau. Saya katalah, bukan saya seorang sahaja yang bernama Fina...” Fiana menjawab dengan selamba.

     “Ok... Saya harap identiti awak tidak terdedah, itu sahaja. Langkah seterusnya, sut hero,”
   
    Lily menulis “Sut hero” pada buku nota kuningnya itu.  “Biasanya, kami hanya memilih ‘blouse’.  Ia ringkas, berseluar dan tidak munyusahkan hero bertugas. Awak mahu ‘blouse’ juga?” Menerangkan tentang blouse, Fiana terasa pakaian itu terlalu biasa.
“Apa kata, blouse bawah lutut? Kemudian hias dengan permata!” Fiana menggoncang-goncang badan Lily.  “Aduh..” Lily membetulkan cermin matanya yang senget. Selepas penglihatannya kembali normal, dia bersuara. “Okey, okey! Calm down girl! Saya tahu awak ‘overexited’, tapi janganlah sampai menggongcang badan saya seperti milkshake.Okey, tentang baju itu, bagus juga idea awak! Saya suka! Lain dari yang lain!” Lily melakar baju superhero Fiana di atas buku nota.

   “Siap!” Lily mengangkat buku nota itu keudara. “Wah! Cantiknya! Tapi, mecam rumit sahaja mahu jahit.
“Siapa kata mahu jahit?”
“Jika begitu apa kegunaan mesin jahit itu?” Fiana menunuding jari pada mesin jahit itu.
“Hahaha... Mesin jahit di luar sahaja, Fiana” Fiana memandang pelik pada Lily yang sedang menuju ke meja tempat mesin jahit itu terletak. Dengan sekali tekanan butang... TUP,TAP,PAP,PIP,POPTUP!

       Mesin jahit itu bertukar menjadi mesin sebesar sebuah peti ais! Fiana hanya membutangkan mata. Lily mengoyakkan kertas lakaran kostum Fiana lalu memasukkan kepingan kertas itu kedalam sebuah lubang berbentuk empat segi tepat yang nipis dan mampu memuatkan sekeping kertas.

     Mesin itu memproses kertas itu. “Awak kena tunggu 5 minit. Sementara itu, jom kita ke kafe’!” Mulut Fiana masih ternganga. Lily yang perasan akan keadaan itu menghampiri Fiana.




Jumaat, 19 September 2014

Super Fina, Go,Go,Go! ~Episod 3

                      Puan Sofia menenangkan dirinya.Ikutkan hati mahu sahaja ditampar budak hingusan itu. Namun, untuk mengajar ahli baru skuad itu, kesabaran yang tinggi amat diperlukan. “Ya.Pemberian kuasa. Tolong! Jangan pengsan!Ini mungkin mengejutkan bagi kamu, tapi kelama-lamaan kamu akan biasa juga dengan keadaan ini.Ok. Back to the story. Selepas penyelia kami menekan butang untuk menjalankan proses, telefon saya berdering. Teka, siapa yang menelefon. Orang yang sepatutnya diberikan kuasa! Dan ketika itulah kami menyedari bahawa dia tidak dapat hadir kerana sakit. Dan, ketika itu jugalah, kami menyedari kami sudah tersalah orang.Tetapi semuanya telah terlambat. Kamu sudah selamat ‘menyerap’ kuasa itu. Begitulah ceritanya” Puan Sofia menuang air kosong ke dalam cawan untuk diteguk setelah lama bercerita.
     
              “Saya tidak boleh bercerita lama-lama. Jadi saya serahkan awak kepada Lily,” mendengar namanya dipanggil, Lily masuk ke dalam bilik itu . “Hai, nama saya Lisa Mia. Kawan-kawan panggil saya Lily. Saya adalah perujuk awak. Mari, saya tunjukkan bilik kita,” Lily mengajak pada akhir ayat.

      “Wah! Canggihnya!” Fiana berpusing-pusing untuk melihat sekeliling bilik canggih itu. Bilik itu lengkap dengan komputer yang tercanggih sekali. Fiana tidak pernah melihat komputer secanggih itu! Siap boleh bercakap lagi! Tidak ketinggalan mesin jahit comel untuk menjahit kostum-kostum superhero. Di sisi mesin jahit itu, terdapat pelbagai lukisan-lukisan baju superhero.

       “Langkah pertama untuk menjadi seorang superhero ialah memikirkan butir-butir seorang superhero itu,” Lily bersuara. Dia membetulkan kaca mata berbingkai besarnya itu. “Jemputlah duduk. Sekarang ini adalah bilik awak,” Lily menarik kerusi yang terletak di meja belajar itu.
    Dia mencapai buke tulis dan pensel. “Sekarang kita perlu memikirkan nama superhero awak,”Lily menulis perkataan ‘nama superhero’ pada buku tulis. “Eh, eh! Nanti dulu. Sebelum kita fikirkan nama superhero, apa kuasa saya?” Fiana yang dari tadi mendiamkan diri bersuara.


      “Mengikut ingatan saya, asap yang memberikan awak kuasa itu mempunyai kuasa terbeng dan kekuatan. Serta merta Fiana melompat. “Yuhuu! Saya boleh jadi seperti Yaya!” Disebabkan melompat terlalu tinggi dan tidak dapat menngawal keseimbangan badan, Fiana jatuh terjelepok di atas lantai. “Aduh... Sakitnya kepala saya..” Fiana merungut kesakitan.

Selasa, 16 September 2014

Novel / Cerpen akan Datang!

Assalammualaikum! Saya mahu kamu semua undi novel atau cerpen mana yang kamu suka.

Cerpen
-Teddy Bear Beruang
-Miss Fashionista!
-Miow..

Novel
-Terbang Tinggi-Tinggi
-Encik Frogy?

Itu sahaja..

Salam Novelist,
{Miss Novelist..}

Sepupu Miss Novelist pun Nak Blog


Aduh.. Sakit kepala malayan sepupu Miss Novelist ni. Dari tadi asyik nak blog jer. Sakit jiwa!
x(

Super Fina, Go,Go,Go! ~ Episod 2

Apabila almari itu berganjak, maka dapat dilihat satu pintu seakan pintu lif. Dua saat, tiada apa yang berlaku. Tiga,empat,lima,enam,tujuh,lapan,sembilan....ting! Pintu itu terbuka. Ditinjau-tinjau bahagian dalam pintu itu. Sebaik melihat sekitar kawasan dalam pintu itu, barulah Fiana mengetahui bahawa itu sememangnya sebuah lif.

        Fiana bukan seperti orang lain.Tengok benda pelik sedikit , sudah lari. Dia melangkah masuk kedalam lif itu.DUM! Pintu lif tertutup. Dan dengan automatik juga almari tadi kembali ke posisi sebelum ini.Lima saat kemudian, lif bergerak kebawah dengan laju sekali.Sehinggakan kasut sekolah Fiana, tidak lagi menyentuh lantai. Makin lama makin laju. Sampai satu tahap, Fiana terpaksa berpaut pada pemegang di tepi lif. 2 minit kemudian,lif berhenti bergerak.Gedebuk!  Disebabkan tadi Fiana terapung di dalam lif, apabila lif berhenti, Fiana jatuh dengan dasyat sekali. “Aduh....”rintih Fiana sambil menggosok-gosok kepalanya.

         Fiana memandang di bahagian luar lif. “Peliknya tempat ini..”Fiana melangkah keluar dari lif. Pintu lif tertutup. Dia berjalan disekeliling tempat itu. Ia seperti sebuah makmal ujikaji. Namun ia bukan seperti makmal yang digunakan oleh sainstis, untuk mengkaji bahan kimia. Tapi ia sebuah makmal yang penuh dengan alatan-alatan canggih. Ditengah-tengah makmal itu, Fiana terlihat sebuah baling gergasi. Tak terlalu gergasi, tetapi ia boleh memuatkan seorang manusia didalam. Tetapi, bukan balang itu yang menyebabkan Fiana mendekatinya. Benda di dalam baling itu yang menyebabkan Fiana tertarik dengan balang itu. Benda itu ialah bekas pensel Fiana! Fiana masuk ke dalam balang untuk mengambil bekas penselnya itu. Balang itu mempunyai sebuah pintu eletronik yang membolehkan ia terbuka dan tertutup dengan sendirinya. Nasib menyebelahi Fiana. Pintu balang itu terbuka.


         Sebaik sahaja Fiana melangkah masuk ke dalam,pintu baling itu tertutup.Fiana yang ketakutan memluk bekas penselnya itu. Tiba-tiba, dari bahagian atas baling, keluar asap yang bewarna merah jambu. Sebaik sahaja Fiana menghidu bau itu, Fiana pengsan...

       ~~~~~~~~~~~~~~~~~@~~~~~~~~~~~~~~@~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


          “Ibu,Ibu!!” Fiana menggerakkan tangannya ke udara.Dia tersedar dari pengsannya. “Awak siapa? Saya di mana? Mana ibu?” bertalu-talu soalan ditanyakan kepada wanita itu. Wanita yang berada di sisi katil Fiana menghelakan nafas panjang. “Saya Puan Sofia. Setiausaha agensi ini. Sekarang awak berada di Agensi Hero Kanak-Kanak ataupun AHKK. Ibu awak masih mengajar di kelas 6 Mawar,” jawab Puan Sofia satu persatu. “Kenapa saya di sini?” Fiana menanya dengan muka ketakutan.Mungkin mereka mahu menculiknya. “Awak di sini kerana awak sendiri. Awak masuk kedalam balang itu . Sepatutnya orang lain yang masuk ke dalam balang itu. Ceritanya begini....Seorang ahli kami telah bersiap sedia untuk melakukan proses pemberian kuasa itu..”air yang diteguk Fiana menyembur. “Pemberian kuasa?!” mata Fiana membutang. Puan Sofia mengelap air yang terpecik ke mukanya itu menggunakan tuala yang dibawa ke mana sahaja.


Ahad, 14 September 2014

Super Fina, Go,Go,Go! ~ Episod 1

Fiana, seorang murid Darjah 5 Kemboja merupakan anak kepada seorang guru disekolahnya itu.Ibunya, Puan Lisa , merupakan seorang guru tahun 6. Jadi pada setiap kali kelas tambahan petang, Fiana akan berada di sekolah bersama ibunya. Lazimnya, Fiana akan duduk di belakang kelas tahun 6 ataupun di bilik guru. Tapi, bukan hari ini...


~~~~~~~~~~~~~~~@~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~@~~~~~~~~~~~~~~~


           Fiana lalu dibelakang kelas 4 Mawar.Fiana meninjau-ninjau kelas itu.Kemudian dia lalu pada kelasnya sendiri.Di atas meja rakannya, terdapat sebuah bekas pensel.Apabila melihat bekas pensel di atas meja rakannya itu, barulah dia teringat akan bekas penselnya sendiri. Bekas pensel Fiana, tertinggal di dalam bengkel!

         Nasib baik Fiana bukannya seorang yang cepat panik. Jika tidak ke hospitallah dia sekarang. Fiana bergerak menuju ke bengkel yang terletak di depan prasekolah. Jauh dari tahun 6. Aduh.. makin seram Fiana jadinya. Selepas 3 minit berjalan kaki, akhirnya Fiana sampai juga. Fiana melepaskan hembusan nafas yang panjang.


      Dia mengelap titik peluh di dahinya itu dengan menggunakan tudungnya itu. Kemudian, dia meneruskan perjalanan untuk mendapatkan bekas penselnya yang tertinggal . Dia meninjau-ninjau bengkel yang sudah kosong itu. Kemudian, dia masuk kedalam. “Nasib baik tidak kunci,” bisik Fiana lalu menolak pintu bengkel. “Kriuk......” pintu bengkel terbuka. Fiana meneguk air liurnya. Dia meninjau-ninjau di segenap ruang bengkel. “Aik?Mana pula perginya?Atas meja, tiada.Bawah meja, tiada.Atas almari, tiada.” Hanya satu sahaja tempat yang belum dicari. Dalam almari. Dia membuka pintu almari.Dia dalam almari itu terdapat 5 batang tukul, 5 pembaris keluli dan satu sesiku L. Semasa sedang mengalihkan tukul-tukul dan pembaris-pembaris keluli untuk mencari bekas penselnya, Fiana tertolak spana yang tegak itu. Di sinilah keajaiban berlaku. Almari itu bergerak dengan sendirinya!

Super Fina, Go,Go,Go! ~ About

Nama: Super Fina Go,Go,Go!

Genre: Hero, kelakar

Watak utama: Fiana, Lily, Hyper Black

Sinopsis:  Fiana, gadis yang biasa. Pada suatu hari, segala-galanya berubah. Fiana telah mendapat satu kuasa super! Dia terpaksa manjadi seorang superhero. Aduh.. Segala yang normal, menjadi tidak normal. Mampukah Fiana?

Sedutan: (Secret)

Katogeri: Cerpen

Nantikan post hadapan untuk Episod 1!

Miss Novelist is Typing!

Assalammualikum! Ini entry pertama saya dalam blog ini. Disini saya akan kongsikan cerpen, novel saya dan sebagainya! Saya mahu kongsi butiraan cerpen pertama saya, minggu hadapan!

Salam Novelist,
{Alia Blink}