Apabila
almari itu berganjak, maka dapat dilihat satu pintu seakan pintu lif. Dua saat,
tiada apa yang berlaku. Tiga,empat,lima,enam,tujuh,lapan,sembilan....ting!
Pintu itu terbuka. Ditinjau-tinjau bahagian dalam pintu itu. Sebaik melihat
sekitar kawasan dalam pintu itu, barulah Fiana mengetahui bahawa itu sememangnya
sebuah lif.
Fiana bukan seperti orang lain.Tengok
benda pelik sedikit , sudah lari. Dia melangkah masuk kedalam lif itu.DUM!
Pintu lif tertutup. Dan dengan automatik juga almari tadi kembali ke posisi
sebelum ini.Lima saat kemudian, lif bergerak kebawah dengan laju
sekali.Sehinggakan kasut sekolah Fiana, tidak lagi menyentuh lantai. Makin lama
makin laju. Sampai satu tahap, Fiana terpaksa berpaut pada pemegang di tepi
lif. 2 minit kemudian,lif berhenti bergerak.Gedebuk! Disebabkan tadi Fiana terapung di dalam lif,
apabila lif berhenti, Fiana jatuh dengan dasyat sekali. “Aduh....”rintih Fiana
sambil menggosok-gosok kepalanya.
Fiana memandang di bahagian luar lif.
“Peliknya tempat ini..”Fiana melangkah keluar dari lif. Pintu lif tertutup. Dia
berjalan disekeliling tempat itu. Ia seperti sebuah makmal ujikaji. Namun ia
bukan seperti makmal yang digunakan oleh sainstis, untuk mengkaji bahan kimia.
Tapi ia sebuah makmal yang penuh dengan alatan-alatan canggih. Ditengah-tengah
makmal itu, Fiana terlihat sebuah baling gergasi. Tak terlalu gergasi, tetapi
ia boleh memuatkan seorang manusia didalam. Tetapi, bukan balang itu yang
menyebabkan Fiana mendekatinya. Benda di dalam baling itu yang menyebabkan
Fiana tertarik dengan balang itu. Benda itu ialah bekas pensel Fiana! Fiana
masuk ke dalam balang untuk mengambil bekas penselnya itu. Balang itu mempunyai
sebuah pintu eletronik yang membolehkan ia terbuka dan tertutup dengan
sendirinya. Nasib menyebelahi Fiana. Pintu balang itu terbuka.
Sebaik sahaja Fiana melangkah masuk ke dalam,pintu baling itu
tertutup.Fiana yang ketakutan memluk bekas penselnya itu. Tiba-tiba, dari
bahagian atas baling, keluar asap yang bewarna merah jambu. Sebaik sahaja Fiana
menghidu bau itu, Fiana pengsan...
~~~~~~~~~~~~~~~~~@~~~~~~~~~~~~~~@~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Ibu,Ibu!!” Fiana menggerakkan
tangannya ke udara.Dia tersedar dari pengsannya. “Awak siapa? Saya di mana?
Mana ibu?” bertalu-talu soalan ditanyakan kepada wanita itu. Wanita yang berada
di sisi katil Fiana menghelakan nafas panjang. “Saya Puan Sofia. Setiausaha
agensi ini. Sekarang awak berada di Agensi Hero Kanak-Kanak ataupun AHKK. Ibu
awak masih mengajar di kelas 6 Mawar,” jawab Puan Sofia satu persatu. “Kenapa
saya di sini?” Fiana menanya dengan muka ketakutan.Mungkin mereka mahu
menculiknya. “Awak di sini kerana awak sendiri. Awak masuk kedalam balang itu .
Sepatutnya orang lain yang masuk ke dalam balang itu. Ceritanya
begini....Seorang ahli kami telah bersiap sedia untuk melakukan proses
pemberian kuasa itu..”air yang diteguk Fiana menyembur. “Pemberian kuasa?!”
mata Fiana membutang. Puan Sofia mengelap air yang terpecik ke mukanya itu
menggunakan tuala yang dibawa ke mana sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan