Ahad, 14 September 2014

Super Fina, Go,Go,Go! ~ Episod 1

Fiana, seorang murid Darjah 5 Kemboja merupakan anak kepada seorang guru disekolahnya itu.Ibunya, Puan Lisa , merupakan seorang guru tahun 6. Jadi pada setiap kali kelas tambahan petang, Fiana akan berada di sekolah bersama ibunya. Lazimnya, Fiana akan duduk di belakang kelas tahun 6 ataupun di bilik guru. Tapi, bukan hari ini...


~~~~~~~~~~~~~~~@~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~@~~~~~~~~~~~~~~~


           Fiana lalu dibelakang kelas 4 Mawar.Fiana meninjau-ninjau kelas itu.Kemudian dia lalu pada kelasnya sendiri.Di atas meja rakannya, terdapat sebuah bekas pensel.Apabila melihat bekas pensel di atas meja rakannya itu, barulah dia teringat akan bekas penselnya sendiri. Bekas pensel Fiana, tertinggal di dalam bengkel!

         Nasib baik Fiana bukannya seorang yang cepat panik. Jika tidak ke hospitallah dia sekarang. Fiana bergerak menuju ke bengkel yang terletak di depan prasekolah. Jauh dari tahun 6. Aduh.. makin seram Fiana jadinya. Selepas 3 minit berjalan kaki, akhirnya Fiana sampai juga. Fiana melepaskan hembusan nafas yang panjang.


      Dia mengelap titik peluh di dahinya itu dengan menggunakan tudungnya itu. Kemudian, dia meneruskan perjalanan untuk mendapatkan bekas penselnya yang tertinggal . Dia meninjau-ninjau bengkel yang sudah kosong itu. Kemudian, dia masuk kedalam. “Nasib baik tidak kunci,” bisik Fiana lalu menolak pintu bengkel. “Kriuk......” pintu bengkel terbuka. Fiana meneguk air liurnya. Dia meninjau-ninjau di segenap ruang bengkel. “Aik?Mana pula perginya?Atas meja, tiada.Bawah meja, tiada.Atas almari, tiada.” Hanya satu sahaja tempat yang belum dicari. Dalam almari. Dia membuka pintu almari.Dia dalam almari itu terdapat 5 batang tukul, 5 pembaris keluli dan satu sesiku L. Semasa sedang mengalihkan tukul-tukul dan pembaris-pembaris keluli untuk mencari bekas penselnya, Fiana tertolak spana yang tegak itu. Di sinilah keajaiban berlaku. Almari itu bergerak dengan sendirinya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan